Islam Religion Muslim Mind 21st Century The Way Of Life Books

Rahsia Penipuan Internet

Buat Duit Online, Duit Online, Rahsia Adsense?

Berniaga Online, Internet Business

Tsunami Wang?

Pendapatan Online

Ikut Petua Kami Anda Boleh Kaya!

Mudah, Tidak Perlu Bekerja!

Rahsia Ini Telah Menjadikan Kami Jutawan

Cepat hanya RMXXX, Kami ajar anda !

Internet Scam

Taip sahaja “Make Money Online” atau Money, anda akan bertemu dengan ribuan laman web yang menjanjikan kata kata manis untuk anda jadi kaya dan juga untuk anda bebas daripada masaalah kewangan, Sebahagian daripada kandungan buku ini telah di keluarkan di Majalah Al-Islam, Bacalah keseluruhan isi kandungannya, agar anda tidak tertipu! Atau Mungkin Anda Mahu Tahu Cara Menipu?

RM 10.00 CD/Digital Download -Percuma 5 E Book.

EXCERPT KANDUNGAN

PRAKATA

Anda mahu menjadi kaya di dalam masa yang singkat?
Peluang menjana pendapatan di dalam masa beberapa hari!
Modal yang sedikit !
Tiada modal, Sistem Terbukti Berkesan!
Jadilah Kaya Seperti Kami!
Rahsia didedahkan!
Peluang Keemasan! Pulangan Terjamin! Rahsia Jutawan?  Jutawan Internet
Ribuan janji manis dan pengiklanan yang menyakinkan anda yang anda hanyalah beberapa saat, jam atau hari sebelum anda menjadi kaya. Kemerdekaan daripada beban hutang seumur hidup anda.

Semua perkataan, pengiklanan dan juga ayat pemukauan digunakan untuk menarik wang anda kepada individu dan juga syarikat ini. Dunia internet ini disokong pula oleh individu yang mengelarkan ratusan atau ribuan buku di dunia nyata. Mereka juga mengadakan seminar dan bengkel yang menjanjikan kekayaan dengan yuran penyertaan hingga ke ribuan ringgit. Semuanya adalah teknik pemukauan dan penipuan besar di abad ke-21 ini.

Teknik yang sama juga mereka gunakan di akhbar tempatan dengan menjanjikan pulangan dan kekayaan sekelip mata. Bayangkanlah satu muka penuh akhbar tabloid yang menonjolkan kereta mewah dan janji manis kekayaan. Hari demi hari kita disajikan dengan pukauan yang mencabar minda kita. Dengan membayar puluhan ringgit atau ratusan ringgit kita mampu mengikuti jejak langkah mereka. Adakah kita akan menjadi seperti mereka; perompak yang menggunakan janji manis yang menjanjikan kita rahsia mereka dan kemudiannya kita menjadi seperti mereka menipu dan juga mengambil duit secara haram. Mungkin pukauan mereka mengatakan rezeki itu adalah halal dan sebagainya.

Di Malaysia pengetahuan dunia internet masih baru dan kesedaran pengguna tentang kebenaran dan juga risiko alam ini amatlah sedikit. Sekiranya pekerja kolar putih termasuk beberapa rakan kenalan saya sendiri pernah tergoda dengan janji manis dan harapan kekayaan atau jutawan segera ini, apatah lagi masyarakat di luar. Statistik dan perangkaan tentang jumlah sebenar kerugian rakyat Malaysia mungkin tiada buat masa ini. Anggaran kerugian pengguna internet United Kingdom dan juga Amerika Syarikat sudah cukup untuk kita jadikan sebagai iktibar. Walaupun ramai di kalangan penduduk Barat yang berfikiran kritikal dan waras, namun harapan menjadi kaya di dalam waktu yang singkat telah memukau ribuan maupun jutaan mereka untuk membazirkan wang mereka. Timbul cerita penipu membuat keuntungan USD 100 Juta di dalam masa sebulan dan pelbagai lagi.

Baru- baru ini 12DailyPro suatu skim melayari internet dan menjana pendapatan telah di siasat dan akaun telah di bekukan, ini melibatkan juga syarikat pembayar StormPay. Maklumat tentang keahlian daripada Malaysia mungkin kita tidak akan perolehi tetapi sekiranya 6 orang rakan saya juga pernah menjadi ahli dan melabur puluhan ribu, maka bayangkanlah berapa ramai lagi ahli di negara ini yang mengalami kerugian. (Bacalah news release berkenaan di bahagian akhir buku ini.)

Kenapa kita boleh tertipu dengan begitu mudah. Buku ini akan menceritakan tentang realiti penipuan ini. Buku ini hanyalah akan memberitahu anda kebenaran dan semua janji mereka adalah penipuan belaka, tetapi terpulanglah kepada anda untuk menyoal diri anda, adakah anda akan tertipu. Kebanyakkan peserta atau pelabur skim atau program ini biasanya menggunakan rasional bahawa mereka hanya akan melabur seterusnya mereka akan mengeluarkan pokok pelaburan dan hanya akan bergantung kepada keuntungan.

Ramai juga yang mengandaikan bahawa risiko setakat RM100 atau RM1000 bukanlah sesuatu yang besar dan sekiranya ianya mendatangkan keuntungan ianya adalah berbaloi. Sebenarnya anggapan inilah yang menjadikan operator skim ini Jutawan dan kita yang menjadi ahli sentiasa tertipu.

Marilah kita sama-sama menyinkap tabir penipuan dunia internet ini supaya anda tidak menjadi mangsa kepada individu dan juga syarikat perompak di siang hari.

MATLAMAT KAMI

Matlamat kami adalah mendedahkan kepada anda kenyataan atau realiti sebenar penipuan di alam internet yang sedang berleluasa ketika ini. Pihak kerajaan di kebanyakkan Negara memang telah dan akan terus mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Realiti sebenarnya, disebabkan terlalu ramai penjenayah “pemukauan melalui perkataan” ini maka adalah agak sukar bagi pihak berkuasa pelbagai negara mengambil langkah uni-lateral mengawasi tindak-tanduk dan kerenah semua yang terlibat di dunia tanpa sempadan ini.

Faktor undang-undang yang berbeza di antara negara, undang-undang kawal-selia Muamalat Internet yang tidak menyeluruh, kekurangan bukti yang kukuh bagi pendakwaan dan juga kesilapan individu yang tertipu itu sendiri adalah di antara sebab jenayah Internet masih berlaku hingga ke hari ini.

Kami berharap buku ini akan dapat menyedarkan dan seterusnya menjadi asas untuk anda membuat keputusan sebelum membayar atau melabur di dalam sesuatu program atau skim yang wujud di dunia internet ini.
Marilah kita sama-sama dalami akan keadaan Internet ketika ini dan “pemukauan melalui perkataan” yang sedang dan akan berterusan.

Kami juga berharap dengan timbulnya kesedaran ini maka anda boleh menjadi Pelayar Internet yang bijak dan seterusnya menfaatkan Internet ke jalan yang sepatutnya dan bukanlah sebagai asas atau tempat penipuan. Bilamana anda telah mengetahu yang mana Emas dan yang mana Suasa maka mudahlah untuk anda mengetahui jalan manakah yang perlu anda ambil sekiranya anda memilih untuk menjana pendapatan melalui Internet.

 

Comments on: "Rahsia Penipuan Internet" (7)

  1. I enjoyed reading some thought provoking comments here.

  2. saya tidak fahm dengan apa yang dimaksudkan dengan tertipu dengan perniagaan internet

  3. jangan terpedaya dgn iklan bines internet! smuanya tipu!

  4. bisnes internet fuck up

  5. does any1 noe about kumpulan usahawan muslim?

  6. bukan semuanye. ada yang sah.
    Cume ada sesetengah orang macam nasy8.
    Pernah masuk ker?
    kalo anda masuk kompem anda seorang yang malas dan suka amik mudah.
    tu yang anda cakap iklan bisnes penipu..

  7. itu teknik iklan je tu..jangan terpedaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: