Islam Religion Muslim Mind 21st Century The Way Of Life Books

Setiap Muslim -lelaki di Malaysia tentunya tidak akan terlepas daripada menghadiri masjid , paling kurang sehari dalam seminggu untuk sembahyang Jumaat, Ada juga yang ke masjid setahun sekali!

Tetapi apa yang saya kesalkan, adalah amalan meletakan kereta sesuka hati sehingga menutup ruang penduduk setempat untuk keluar masuk, baru baru ini masjid di……tidak perlulah penulis mengatakan nama masjid tersebut.

Ruang meletakkan kenderaan telah penuh disebabkan kehadiran vvip untuk majlis anjuran masjid tersebut, Penulis tinggal di kawasan perumahan yang bercampur yang mana adalah berdepan dengan masjid tersebut. Ketika waktu jumaat, kereta jemaah memenuhi jalan di kawasan kediaman, dan hampir tiga lot jalan penuh dan ketiga tiganya tidak dapat dilalui, ini menyebabkan halangan kepada penduduk di kawsan tersebut untuk keluar, sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan maka penduduk perlulah menunggu selepas sembahyang jumaat selesai.

Apakah ini suatu tindakan yang patut dan harus dilalukan oleh jemaah, iaitu menghalang lalulintas? Adalah ini cara tetamu masjid menyesakkan jalan dan mengambil jalan mudah?

Masjid sepatutnya mempunyai atau mengambil insentif untuk menangani gejala yang berlaku hampir setiap jumaat, untuk mencermin kan Islam yang sebenar!

Disinilah suatu isu yangpaling mudah, disiplin, yang mana kefahaman asas dan tata susila meletakkan kenderaan pun tidak mampu difahami oleh majoriti Islam di Malaysia ini.Tambah menyedihkan, ketika keluar masjid , masing masing berlumba untuk keluar cepat, motosikal tidak menghiraukan pejalan kaki, kereta juga tidak menghiraukan pejalan kaki,

Dua dunia yang berbeza, di dalam dengan menyapa tangan atau meminta izin untuk lalu di depan jemaah ketika ke hadapan, dan sembahyang ber-saf, tetapi letak kereta tidak tahu ber saf?

Isu yang remeh ini tetapi menjadi suatu dosa – menghalang lalu lintas dan hak orang lain seolah olah telah menjadi suatu kebiasaan di hampir semua masjid di negara ini.

Bercakap ketika khutbah oleh kanak-kanak- dan berlari kesana -sini sudah menjadi suatu keadaan normal di kebanyyak masjid ketika jumaat, walau pun peringatan diberikan berulang kali, tetapi, masih lagi kanak-kanak ini tidak memahami konsep yang mudah ini. sama jiga dengan isu telefon bimbit , masih kedengaran.

Sekiranya pengurusan masjid dan badan Islam masih tidak mampu, dan jemaah tidak mampu menghayati isu yang kecil ini bagaimanakah kita hendak berjalan lebih jauh kedepan?

Comments on: "Peranan Masjid Modern- Dakwah Jalanan" (3)

  1. Komen yang membina – perlu perhatian dari pengurusan masjid!

  2. I love your site!

    _____________________
    Experiencing a slow PC recently? Fix it now!

  3. ElvisRosly said:

    Syabbas! Ini yang kita mau nie….. Isu-isu yang membina UMMAH…. SYABBAS!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: